tips interview untuk MARA SCHOLARSHIP (SPC)

greetings :D

 hari nie saya nak buat satu entri mengenai pengalaman interview biasiswa MARA di bawah program Skim Pelajar Cemerlang (SPC). interview nie dibuat semasa saya tingkatan lima. dan hasil usaha saya , saya berjaya mendapat tempat dalam program SPC nie. so, saya nak kongsi sedikit.

akak nak inform, interview nie diadakan secara individu. bagi akak, interview individu nie agak senang berbanding berkumpulan. kenapa? saya akan terangkan satu persatu.





  • sediakan RESUME walaupun tak diminta . 
  • lengkapkan BORANG selengkap-lengkapnya dan jangan tertinggal apa2 bahagian yang penting.
  • etika PEMAKAIAN jangan diabaikan. saya ada kawan yang sangat berpotensi untuk menapat scholarship tapi tak dapat gara-gara dia memakai sandal dan tak pakai kasut bertutup (bagi perempuan) so, jangan nak cari pasal ngan panel interview.
  • datang awal ke tempat interview supaya tak neves. (30 min lebih awal or sejam)
  • bagi yang menghadapi masalah neves, 2 , 3 hari sebelum interview amat digalakkan untuk BERSENAM pada awal PAGI. ini adalah untuk peredaran darah  yang lebih lancar. mudah-mudahan neves dapat diatasi.
  • bagi yang menghadapi kesukaran untuk berkomunikasi dalam bahasa inggeris, tingkatkan kemahiran anda dengan cuba speaking in english with your friends. amatlah membantu.
  • JANGAN HAFAL SKRIP. cukuplah sekadar bertanya kepada diri sendiri "apa saya akan jawab sekiranya saya ditanya soalan ini?" saya sarankan anda untuk mencari contoh2x soalan interview dan cuba jawab.
  • train yourself to talk in front of the mirror. sangat membantu. kekadang saya rasa malu nak tengok muka sendiri bercakap dpn cermin. haha.
  • jangan berlatih interview sehari sebelum interview. rehatkan minda.
  • semasa interview duduk dalam posisi yang betul dan jangan sesekali goyangkan kaki. duduk la macam pengantin.
  • SENYUM. SENYUM dan SENYUM kepada panel interview. dalam sesebuah interview amatlah penting untuk kita memberikan senyuman untuk tackle panel tersebut. terus terang saya katakan saya berjaya dalam interview ini kerana SENYUMAN. 
  • jangan sesekali menimbulkan kemarahan kepada panel.
  • berikan jawapan yang kritis dan jangan berikan jawapan yang selalu digunakan. contohnya : apakah kelemahan anda? answer: kelemahan saya ialah saya seorang yang perfectionist. saya sentiasa mahukan kesempurnaan dalam tugasan saya dan kerana itu saya sentiasa memerlukan lebih masa untuk menyiapkan tugasan saya berbanding org lain. berdasarkan jawapan ini , si penjawab memberikan jawapn yang sangat bijak kerana beliau menggunakan kelemahan untuk memperlihatkan kelebihannya. p/s : jangan berikan jawapan "saya tiada kelemahan" kerana setiap manusia ada kelemahan.
  • sentiasa yakin pada diri sendiri walaupun panel sentiasa mempertikaikan jawapan anda.
  • dalam interview, tidak ada jawapan yang salah. panel hanya inginkan anda bercakap.
  • walaupun anda tidak mempunyai jawapan untuk soalan yang diberikan , jangan mengalah. teruskan bercakap. panel hanya ingin mendengar anda bercakap.
  • sekiranya anda tersalah cakap, elakkan  "im sorry sir" but say it "please accept my appology sir" .
  • sekiranya panel memberi anda peluang untuk bertanya, ambillah peluang tersebut dan gunakan sebaik-baiknya.
  • MESRA la dengan PANEL.


    HEHE. setakat ini sahaja yang boleh saya kongsikan. HARAP MEMBANTU. :D


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Skin Introduction & Common Skin Disease 

The day you went AwaY